Thursday, June 1, 2023
34.6 C
Brunei

    -

    ChatGPT disekat di Itali

    ROM, 31 MAC – Badan pemantau privasi Itali berkata hari ini ia telah menyekat robot ChatGPT, berkata aplikasi kecerdasan buatan itu tidak menghormati data pengguna dan gagal mengesahkan umur pengguna.

    Keputusan ‘yang berkuat kuasa segera’ itu akan mengakibatkan ‘penangguhan sementara pemprosesan data pengguna Itali menggunakan OpenAI,” kata Pihak Berkuasa Perlindungan Data Itali.

    Agensi itu telah melancarkan siasatan.

    ChatGPT, ditubuhkan oleh firma OpenAI dan disokong Microsoft, boleh menjawab soalan sukar dengan jelas, menulis kod atau esei malah lulus peperiksaan sukar untuk pelajar.

    Namun aplikasi yang dilancarkan pada November itu bersifat kontroversi, dengan guru bimbang pelajar akan menggunakannya untuk menipu, dan penggubal dasar bimbang mengenai penularan maklumat palsu.

    Gambar fail menunjukkan logo ChatGPT di sebuah pejabat di Washington. – AFP

    Badan pemantau itu berkata pada 20 Mac, aplikasi itu mengalami pencabulan data yang membabitkan perbualan pengguna dan maklumat pembayaran.

    Ia berkata tidak adanya asas undang-undang sah untuk menjustifikasikan ‘pengumpulan dan penyimpanan data peribadi secara besar-besaran untuk tujuan ‘melatih’ algoritma yang menjadi asas platform itu.’

    Ia juga berkata sejak tidak adanya cara untuk mengesahkan umur pengguna, aplikasi itu mendedahkan kanak-kanak kepada jawapan yang tidak sesuai berbanding dengan tahap perkembangan dan kesedaran mereka.’

    Sekatan ChatGPT di Itali diadakan beberapa hari selepas agensi Eropah Europol mengingatkan bahawa penjenayah dijangka menggunakan aplikasi itu untuk melakukan penipuan dan jenayah siber lain. – AFP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Jentera pelancar udara Korea U jatuh ke Laut Kuning

    SEOUL, 31 MEI – Korea Utara menembak apa yang didakwanya sebagai ‘jentera pelancar angkasa lepas’ ke arah selatan hari ini, namun jatuh ke Laut...
    - Advertisment -