Saturday, January 4, 2025
26.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    China bakal hantar 11 perenang ke Paris

    BEIJING, 19 JUN – China akan menghantar 11 perenang yang terbabit dalam skandal doping utama ke Sukan Olimpik Paris bulan depan, selepas negara itu telah menyenaraikan skuadnya untuk acara tersebut.

    Kira-kira 23 perenang China disahkan positif dadah trimetazidine (TMZ) yang boleh meningkatkan prestasi menjelang Sukan Tokyo 2021 tetapi ditangguhkan akibat pandemik, namun diadakan semula pada April lalu.

    Mereka tidak dikenakan sekatan selepas agensi anti-doping dunia (WADA) menerima hujah pihak berkuasa China bahawa ujian positif itu berpunca daripada pencemaran makanan.

    Beberapa perenang berjaya memenangi pingat, termasuk emas, di Tokyo beberapa bulan kemudian.

    China menamakan skuad renangnya untuk Paris, kelmarin. Antaranya ialah 11 daripada 23 yang disenaraikan dalam laporan berita April lalu yang menghebohkan cerita tentang ujian positif secara besar-besaran.

    Skuad itu termasuk pakar renang kupu-kupu, Zhang Yufei, yang telah memenangi dua emas di Jepun, serta seorang lagi pemenang pingat emas di Wang Shun.

    Juara dunia berbilang bagi kuak dada dan pemegang rekod 200 meter (m), Qin Haiyang, adalah seorang lagi yang disenaraikan dalam laporan dan akan pergi ke Paris.

    Pada April lalu, The New York Times dan penyiar Jerman ARD melaporkan bahawa 23 perenang China diuji positif untuk TMZ pada pertandingan domestik pada akhir 2020 dan awal 2021.

    Ia telah ditentukan oleh pihak berkuasa anti-doping China bahawa mereka menelan bahan itu tanpa disedari daripada makanan tercemar di hotel dan tiada sekatan terhadap mereka adalah wajar. – AFP

    Gambar fail menunjukkan Qin Haiyang semasa menerima pingat bagi acara renang 50m kuak dada lelaki semasa Sukan Asia Hangzhou 2022 di Hangzhou pada 29 September 2023. China akan menghantar 11 perenang yang terlibat dalam skandal doping utama ke Sukan Olimpik Paris bulan depan. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda