Thursday, December 5, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    China catat kadar inflasi perlahan pada Oktober

    SHANGHAI, 10 NOV – Kadar inflasi pengguna China perlahan pada Oktober, data rasmi menunjukkan kelmarin, menandakan permintaan masih lembap dalam ekonomi nombor dua dunia itu.

    Penurunan itu berlaku ketika pihak berkuasa berusaha untuk merangsang aktiviti domestik tatkala krisis hartanah menjejaskan keyakinan.

    Indeks harga pengguna (CPI), pengukur utama inflasi, meningkat 0.3 peratus tahun ke tahun pada Oktober, merosot daripada 0.4 peratus pada September, kata Biro Perangkaan Negara (NBS).

    Angka terbaharu itu tidak menepati ramalan 0.4 peratus dalam kaji selidik Bloomberg terhadap ahli ekonomi.

    Data itu keluar selepas penggubal undang-undang China pada Jumaat lalu mendedahkan rancangan menyeluruh untuk membatalkan hutang kerajaan tempatan dan meningkatkan perbelanjaan.

    Sementara banyak ekonomi Barat utama telah bergelut dengan risiko inflasi yang tinggi, China sebaliknya bergelut dengan harga rendah atau negatif.

    Pada akhir 2023, negara itu mengalami deflasi selama empat bulan, dengan penguncupan paling besar dalam harga pengguna dalam tempoh 14 tahun pada Januari. Harga kilang juga susut 2.9 peratus tahun ke tahun pada Oktober, berbanding penurunan 2.8 peratus pada September, kata NBS kelmarin. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda