Wednesday, September 11, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    China catat prestasi terbaik di Olimpik Paris

    PARIS, 12 OGOS – Delegasi Olimpik China di Paris 2024 merekodkan pencapaian terbaik di luar negara sejak penyertaan komprehensif dalam Olimpik Musim Panas di luar negara pada  1984, kata timbalan ketua delegasi, Zhou Jinqiang dalam sidang media yang diadakan kelmarin.

    Delegasi China yang terdiri daripada 404 atlet bersaing dalam 232 acara merangkumi 30 sukan berjaya meraih 40 pingat emas, 27 perak dan 24 gangsa, lapor Agensi Berita Xinhua.

    Jumlah pingat emas ini mengatasi 39 pingat emas yang dimenangi di Olimpik London, menandakan rekod baharu bagi penyertaan Olimpik di luar negara, katanya.

    “Jika ada satu perkataan untuk meringkaskan pencapaian ini, ia adalah ‘kejayaan’,” kata Zhou.

    Zhou berkata bahawa enam sukan tradisional utama China termasuk terjun, pingpong dan angkat berat, menyumbang 27 pingat emas iaitu mewakili 67.5 peratus daripada jumlah keseluruhan, sekali gus mempamerkan usaha jangka panjang negara dalam latihan saintifik.

    Beliau juga mengakui kemajuan ketara dan potensi besar yang dilihat dalam beberapa acara sukan lain, sambil berkata kejayaan ini boleh dikaitkan dengan pendekatan latihan berasaskan kelab dan berorientasikan pasaran yang mengenal pasti serta memupuk bakat muda melalui program yang disasarkan. – Bernama 

    Anggota delegasi China bergambar semasa upacara penutupan Sukan Olimpik Paris 2024 di Paris, Perancis kelmarin . – Xinhua

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda