Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    China hantar lagi bantuan Palestin

    BEIJING, 17 APRIL – Barang bantuan kemanusiaan China untuk rakyat Palestin akan tiba di Lapangan Terbang Ei Arish dan Pelabuhan Said, Mesir masing-masing pada 18 dan 19 April ini.

    Kedua-dua kumpulan barangan itu termasuk khemah, selimut, baju tebal, barang perubatan dan tepung gandum, akan dihantar ke Gaza melalui Rafah.

    Sejak konflik kekerasan tercetus di Gaza pada Oktober lalu, kerajaan China menghulurkan bantuan kepada Palestin dengan secepat mungkin, untuk menyelesaikan situasi kemanusiaan di rantau itu.

    Sehingga kini, China telah memberikan barang bantuan seperti makanan, ubat-ubatan, bijirin serta barang perubatan dan diedarkan kepada rakyat Gaza melalui Mesir. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...