Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    China jadi tuan rumah kepada pemimpin-pemimpin Arab

    BEIJING, 30 MEI – Presiden China Xi Jinping menggesa persidangan damai antarabangsa yang tertumpu kepada perang Israel-Hamas dan menjanjikan lebih banyak bantuan kemanusiaan ketika beliau membuka sidang kemuncak dengan pemimpin negara Arab pada hari ini, di Beijing.

    “Memandangkan perang sedang melanda menyebabkan penderitaan yang luar biasa, keadilan tidak boleh hilang dan penyelesaian dua negara tidak boleh digoncangkan,” kata Xi dalam ucapan merasmikan Forum Kerjasama Negara China-Arab.

    Beliau menyeru negara-negara Arab untuk memperdalam kerjasama dalam bidang seperti perdagangan, tenaga bersih, penerokaan angkasa lepas dan penjagaan kesihatan.

    Sidang kemuncak yang dihadiri ketua negara dari Mesir, Emiriah Arab Bersatu, Bahrain dan Tunisia antara lain ditetapkan untuk memberi tumpuan kepada hubungan perdagangan China yang semakin meluas dan mengenai kebimbangan keselamatan berkaitan perang Israel-Hamas.

    Beijing dan negara-negara Arab menyokong rakyat Palestin dalam konflik, di mana Israel menghadapi kecaman antarabangsa yang semakin meningkat selepas serangan di bandar Rafah di selatan Gaza di mana sekurang-kurangnya 45 terbunuh pada hujung minggu lalu.

    Jumlah kematian keseluruhan rakyat Palestin dalam perang melebihi 36,000, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.

    “Keutamaan China di rantau ini adalah terutamanya ekonomi,” kata Maria Papageorgiou, pensyarah dalam politik dan hubungan antarabangsa di Universiti Exeter. “Ia mahu meneruskan momentum yang ditubuhkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan negara-negara Teluk dan mengembangkan pelaburannya, terutamanya dalam perdagangan, teknologi (rangkaian 5G) dan inisiatif siber lain.”

    Selain itu, China mahu menampilkan dirinya sebagai alternatif kepada Barat dan rakan kongsi yang lebih berwibawa kepada rantau itu, yang tidak campur tangan dalam hal ehwal dalam negeri negara mahupun memberi tekanan, kata Papageorgiou.

    Hadir di forum itu ialah Presiden Mesir Abdel-Fattah el-Sissi, yang bertemu Xi kelmarin. Kedua-dua pemimpin menandatangani satu siri perjanjian kerjasama dalam bidang seperti infrastruktur, teknologi dan import makanan yang bertujuan untuk meningkatkan hubungan negara mereka. – AP

    Presiden China, Xi Jinping menghadiri pertemuan dengan Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi di Dewan Besar Rakyat di Beijing, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...