Thursday, June 20, 2024
23 C
Brunei

    -

    Pelaburan AS$2 bilion Google di Malaysia tanda keyakinan

    PUTRAJAYA, 30 MEI – Pelaburan Google berjumlah AS$2 bilion (RM9.4 bilion) merupakan petanda positif bahawa pelabur mempunyai keyakinan utuh terhadap pentadbiran Kerajaan MADANI Malaysia, kata Menteri Komunikasi Malaysia, Fahmi Fadzil.

    Beliau berkata perkara itu wajar dijadikan pencetus semangat untuk meningkatkan produktiviti kerja, dan pada masa sama bergerak dengan lebih pintar untuk menarik lebih banyak pelaburan ke dalam negara.

    “Saya dimaklumkan sebelum ini, ada beberapa negara destinasi yang dalam pertimbangan mereka (Google).

    “Saya percaya dalam beberapa siri pertemuan (dengan Google) termasuk dengan saya, (dengan) apa yang kita sampaikan dan prestasi kita dinilai dengan baik, maka kita mendengar tentang pelaburan daripada Google,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perhimpulan Bulanan Kementerian Komunikasi di sini, hari ini.

    Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata ‘penterjemahan’ pantas dari segi pelaburan itu juga menzahirkan komitmen pentabdiran Kerajaan MADANI yang mempunyai hala tuju jelas seperti yang dimahukan para pelabur.

    Google hari ini mengumumkan komitmen pelaburan RM9.4 billion di Malaysia, yang merangkumi pembangunan pusat data pertama Google di Malaysia dan Wilayah Awan Google untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap perkhidmatan awan, di peringkat tempatan mahupun global serta program literasi kecerdasan buatan (Al) untuk pelajar dan pendidik di negara ini. – Bernama

    Fahmi Fadzil semasa menyampaikan ucapan pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi hari ini. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Selatan keluar nasihat gelombang haba

    SEOUL, 19 JUN - Agensi cuaca Korea Selatan pada hari ini mengeluarkan nasihat gelombang haba ketika suhu meningkat di seluruh negara. Nasihat gelombang haba itu...