Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    China mula operasi Boeing 737 MAX

    BEIJING, 13 JAN – Sebuah Boeing 737 MAX berlepas dari selatan China hari ini, penerbangan domestik pertama menggunakan model pesawat itu sejak Mac 2019 apabila ia digantung selepas dua kemalangan maut.

    China menghentikan penggunaan pesawat itu selepas dua kemalangan maut membabitkan model itu pada 2018 dan 2019.

    Sebuah penerbangan Ethiopian Airlines terhempas sejurus selepas berlepas dari Addis Ababa, mengorbankan 157 orang.

    Kemalangan itu berlaku lima bulan selepas nahas sebuah lagi pesawat 737 MAX di Indonesia, di mana 189 orang maut.

    Penyiasat berkata punca utama kedua-dua tragedi adalah sistem pengendalian penerbangan yang rosak yang dikenali sebagai Manuvering Characteristics Augmentation System (MCAS).

    Pesawat itu dibenarkan untuk terbang semula di Amerika Syarikat pada November 2020, diikuti oleh negara lain, selepas pengubahsuaian dibuat pada perisian kawalan penerbangan dan latihan juruterbang.

    Boeing 737 MAX telah digunakan oleh MIAT Mongolian Airlines untuk perjalanan pergi dan balik dari Ulan Bator ke Guangzhou China adalah pasaran Boeing utama terakhir yang menganggap jet itu layak terbang pada Disember 2021, meramalkan ia akan kembali ke ruang udara China menjelang “akhir tahun atau awal (2022)”. – AFP

    Gambar fail yang diambil pada 5 Jun 2019, menunjukkan pesawat Boeing 737 MAX China Southern Airlines yang mendarat diletakkan dalam barisan di lapangan terbang Urumqi, di wilayah Xinjiang barat China
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...