Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Pasangan kes tipu SGD$32 juta dikenakan pertuduhan baharu

    SINGAPURA, 13 JAN – Pasangan yang didakwa terlibat dalam kes penipuan barangan mewah yang bernilai kira-kira SGD$32 juta telah dihadapkan dengan pertuduhan baharu, kelmarin.

    Warga Singapura, Pi Jiapeng, 27, telah dihadapkan dengan dua pertuduhan baharu, termasuk satu pertuduhan kerana gagal menghadirkan diri untuk penyiasatan lanjut dengan gagal melaporkan diri untuk diikat jamin, serta satu lagi pertuduhan kerana enggan menandatangani kenyataan yang telah diberikan olehnya.

    Isterinya, warga Thailand, Pansuk Siriwipa, 28, telah dihadapkan dengan satu pertuduhan baharu kerana telah meninggalkan Singapura selepas menyerahkan dokumen perjalanannya.

    Pasangan tersebut muncul di mahkamah melalui pautan video sekitar jam 10:20 pagi. Pi memakai baju berwarna putih dan Pansuk memakai baju berwarna kelabu. Kedua-duanya menundukkan kepala mereka semasa prosiding mahkamah.

    Mereka dihadapkan dengan tiga pertuduhan pada Ogos 2022, dua kerana menipu dan satu kerana meninggalkan Singapura secara haram.

    Pi dan Pansuk telah dikenakan pertuduhan baharu kelmarin. – Agensi

    Mereka dituduh terlibat dalam konspirasi menipu pelanggan Tradenation dan Tradeluxury antara Januari dan Jun 2022.

    Pasangan tersebut telah didakwa menipu mangsa dengan membuatkan mereka percaya bahawa mereka telah berjaya membeli jam tangan dan tas tangan mewah, namun pasangan tersebut tidak berniat untuk menghantar barangan itu kepada mangsa.

    Pi telah diberkas pada 27 Jun 2022 kerana telah disyaki terlibat dalam kesalahan menipu.

    Pasportnya telah ditahan dan dia telah dibebaskan dengan ikat jamin pada hari berikutnya.

    Siriwipa tidak diberkas ketika itu tetapi dia telah bekerjasama dalam siasatan polis. Dia menyerahkan pasportnya pada 30 Jun 2022.

    Pasangan tersebut kemudiannya tidak dapat dihubungi dan telah melarikan diri dari Singapura melalui sebuah kontena lori pada 4 Julai 2022.

    Waran tangkap dan notis merah Interpol telah dikeluarkan terhadap mereka selepas lebih daripada 180 laporan polis telah difailkan ke atas dua syarikat yang mereka terlibat.

    Pi dan Pansuk telah diberkas di Johor Bahru, Malaysia, pada 11 Ogos 2022, selepas lebih dari sebulan melarikan diri.

    Mereka telah dinafikan ikat jamin pada Ogos 2022 selepas hakim bersetuju dengan pihak pendakwa raya bahawa mereka berisiko melarikan diri lagi. – ANN/The Straits Times

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...