Monday, January 27, 2025
27.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    China perkukuh pasaran kereta terpakai, galak inovasi digital

    BEIJING, 26 JAN – China akan melaksanakan projek perintis reformasi dalam edaran dan penggunaan automobil bagi memperluas serta melaksanakan program pertukaran barangan pengguna untuk melepaskan potensi penggunaan kenderaan, menurut satu pekeliling yang dikeluarkan pada Jumaat.

    Pekeliling yang dikeluarkan bersama oleh lapan jabatan, termasuk Kementerian Perdagangan, itu berikrar untuk membangunkan beberapa syarikat model dalam pembangunan inovatif edaran dan penggunaan automobil menjelang 2027.

    Menurut pekeliling itu, usaha akan dilakukan bagi menstabilkan dan memperluas penggunaan automobil sambil menggalakkan pihak berkuasa tempatan secara beransur-ansur melonggarkan atau memansuhkan dasar sekatan pembelian kenderaan. Penggunaan kenderaan cekap tenaga dan kenderaan tenaga baharu turut digalakkan.

    Selain itu, pekeliling berkenaan menyebut China akan mempromosikan edaran kereta terpakai secara lebih cekap, mengoptimumkan sistem pengurusannya, memperluas sumber, dan meningkatkan kualiti kereta terpakai dengan perkhidmatan yang dipertingkatkan.

    Ia juga merangkumi rancangan untuk mempromosikan pembangunan standard dan teratur dalam pengubahsuaian kereta, penyewaan kereta, perlumbaan, perkhemahan RV, dan kereta klasik, di samping mengoptimumkan sistem kitar semula untuk kenderaan yang dilupuskan.

    Syarikat-syarikat berkenaan turut digalakkan untuk mewujudkan sistem jualan dan perkhidmatan bagi kereta baharu dan terpakai yang mengintegrasikan perkhidmatan dalam talian serta luar talian bagi meningkatkan tahap digitalisasi dalam penggunaan automobil. – Xinhua


    Gambar menunjukkan barisan pemasangan automatik di sebuah kilang pintar milik Changan Auto di Chongqing, barat daya China, pada 9 Januari. – Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda