Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Chris Brown, dakwa ada pihak cuba jatuhkan karier

    Penyanyi rap terkenal, Chris Brown didakwa memberi dadah dan merogol seorang wanita di atas kapal layar peribadi yang berlabuh di sebuah hartanah milik rakan artis, P Diddy.

    Menurut laporan BBC, mangsa yang mahu dikenali sebagai Jane Doe mengambil tindakan undang-undang dan menuntut bayaran ganti rugi sebanyak AS$20 juta daripada Chris Brown.

    Dalam laporan saman itu, Brown didakwa menjemput mangsa sebaik kapal layar mewah itu tiba di Miami, AS pada 30 Disember 2020.

    Wanita itu memberitahu dia diberi minuman yang menyebabkannya khayal dan hilang kestabilan pada tubuh.

    Brown kemudiannya didakwa membawa mangsa ke bilik tidur dan merogolnya meskipun wanita itu menolak.

    Selepas kecoh mengenai kes berkenaan di media sosial, pemenang Anugerah Grammy ini memuat naik satu hantaran di laman Instagram.

    “Saya harap anda melihat corak (emoji topi biru) ini.

    “Setiap kali saya mengeluarkan muzik atau projek ‘mereka’ cuba melakukan sesuatu yang tidak masuk akal,” katanya tanpa menyatakan siapakah individu yang dimaksudkan.

    Kebiasaannya emoji topi biru digunakan untuk menunjukkan sesuatu perkara yang tidak benar.

    Pada tahun 2009, Brown disabitkan bersalah memukul rakan penyanyi Rihanna, yang juga teman wanitanya sekali gus menyebabkan Rihanna terlepas Anugerah Grammy kerana kecederaan yang dialaminya. – Agensi

    Chris Brown didakwa merogol dan beri dadah kepada seorang wanita. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...