Saturday, July 27, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Cisse sertai semula skuad selepas ditahan di hospital

    BOUAKE, 21 JAN – Jurulatih Senegal, Aliou Cisse, menyertai semula skuadnya kelmarin selepas menghabiskan satu malam di hospital di Ivory Coast untuk pemantauan, selepas menyaksikan Lions of Teranga mempertahankan gelaran Piala Negara-negara Afrika (AFCON) mereka, umum persekutuan bola sepak negara itu.

    Presiden Persekutuan Bola Sepak Senegal (FSF) Augustin Senghor, berkata Cisse telah mengalami ‘jangkitan gastrik kecil’ pada Khamis lalu yang menjadikan dia agak letih.

    Walaupun begitu, Cisse tetap di garisan tepi untuk menyaksikan kemenangan 3-1 Senegal ke atas Cameroon di Yamoussoukro yang membolehkan mereka layak ke pusingan 16 terakhir.

    “Beliau agak lemah, dan doktor menyarankan untuk membawanya ke hospital dan diberikan ‘drip’,” tambah pegawai itu, yang berada di bandar jiran Bouake untuk menghadiri dua perlawanan AFCON, kelmarin.

    “Tetapi ia tidak serius. Saya tidak akan berada di Bouake jika jurulatih saya mengalami serangan jantung.”

    Sementara itu, FSF mendedahkan penyerang Rangers, Abdallah Sima, telah kembali ke kelabnya selepas diketepikan daripada baki kejohanan kerana kecederaan otot. – AFP

    Cisse (kanan), bercakap dengan Koulibaly semasa perlawanan bola sepak Kumpulan C AFCON di stadium Charles Konan Banny di Yamoussoukro, Ivory Coast, pada 19 Januari. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...