Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    City mara ke final Piala FA

    LONDON, 21 APRIL – Pep Guardiola mengecam jadual ‘tidak dapat diterima’ yang mendatangkan berisiko kesihatan ke atas pemain Manchester City yang keletihan semasa kemenangan 1-0 menentang Chelsea dalam separuh akhir Piala FA yang dijadualkan hanya tiga hari selepas mereka tersingkir dari Liga Juara-Juara.

    Guardiola sangat marah kerana Persatuan Bola Sepak dan penyiar televisyen menetapkan separuh akhir City kelmarin dan bukannya memberikan mereka satu hari tambahan untuk pulih selepas tewas menerusi sepakan penalti menentang Real Madrid pada Rabu di peringkat suku akhir Liga Juara-Juara.

    City yang keletihan bernasib baik kerana terselamat daripada beberapa siri kesilapan Chelsea di Wembley sebelum gol kemenangan pada minit ke-84 Bernardo Silva menebus kesilapan penaltinya dalam penentuan sepakan penalti menentang Real.

    Guardiola mengecam pihak berkuasa kerana meletakkan masa depan pemainnya dalam bahaya apabila mereka boleh mengaturkan separuh akhir Manchester United menentang Coventry pada Sabtu dan bukannya Ahad kerana kedua-dua kelab tidak terlibat dalam aksi di Eropah minggu ini.

    “Saya sangat gembira untuk bermain separuh akhir Piala FA. Saya suka berada di suku akhir Liga Juara-Juara. Tetapi adalah tidak boleh diterima untuk membenarkan kami bermain hari ini,” kata Guardiola.

    “Ia adalah mustahil untuk kesihatan pemain. Orang ramai tidak memahami tamparan selepas tewas dalam Liga Juara-Juara dan bermain di sini begitu cepat.

    “Mengapa mereka tidak memberikan kami satu hari lagi? Chelsea, Manchester United dan Coventry tidak bermain dalam Liga Juara-Juara. Adakah ini untuk penyiar? Okey jangan minta saya melakukan perkara tambahan untuk mereka.” tambahnya.

    Guardiola menegaskan dia tidak akan bercakap dengan badan induk sukan itu mengenai aduannya kerana dia yakin mereka tidak akan mendengar. – AFP

    Aksi Bernardo Silva semasa perlawanan bola sepak separuh akhir Piala FA Inggeris di Stadium Wembley di barat laut London pada 20 April. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...