Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Coklat dihiasi kerajang emas 24K diperkenal di Malaysia

    KUALA LUMPUR, 4 MAC – Cocoa Straits 1778 memperkenalkan coklat bonbon dan trufle pertama di Malaysia yang dihiasi dengan kerajang emas 24K, merupakan ciptaan eksklusif yang membuktikan komitmen jenama tersebut dalam pembuatan coklat berseni dan terbaik dunia.

    Pengasas Cocoa Straits 1778, Jeffrey Kee, dalam kenyataan hari ini berkata coklat berkenaan dihasilkan dengan reka bentuk mewah dan menarik bagi menampilkan kemewahan serta keunikan coklat sepenuhnya.

    “Ia bukan sahaja coklat yang lazat tetapi juga karya seni berharga yang direka dengan tujuan memberi pengalaman deria dan visual yang belum pernah dinikmati sebelum ini,” katanya.

    Coklat berkenaan dilancarkan dalam majlis yang berlangsung di Genting Higlands Jumaat lepas, dengan produk Cocoa Straits 1778 ditawarkan secara eksklusif di kedai terpilih.

    Antara yang turut hadir pada majlis itu ialah Pengarah Lembaga Koko Malaysia, Dr Nalika Shahin.

    Gambar Envato

    Kee berkata nama Cocoa Straits 1778 mempunyai makna khusus bersumberkan daripada sejarah koko yang luar biasa di Malaysia.

    “Ia simbol kepada kesungguhan kami memenuhi misi untuk menyampaikan sejarah koko Malaysia kepada peminat coklat di seluruh dunia. Penanaman koko di Malaysia telah menjangkau lebih 200 tahun.

    “Mengikut catatan sejarah, biji koko ditemui di sebuah taman di Melaka pada 1778. Justeru, ‘1778’ adalah mewakili tahun penemuan pokok koko pertama di Melaka,” katanya dipetik ketika berucap pada majlis perasmian.

    Dalam pada itu, kenyataan tersebut memaklumkan Cocoa Straits 1778 merancang untuk mewujudkan cawangan francaisnya di Kuala Lumpur bagi memudahkan lagi pembelian selain meluaskan rangkaian produknya dengan memperkenalkan pelbagai perisa coklat yang baharu dan reka bentuk pembungkusan yang menarik. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...