Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Sambutan HK40 meriah

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 MAC – Seramai 505 orang kanak-kanak daripada Taman Asuhan Kanak-kanak Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (TASKA YSHHB) telah menghadiri majlis sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 40 tahun (HK40) di dewan TASKA YSHHB baru-baru ini.

    Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengetua TASKA YSHHB, Hajah Mariam binti Haji Ladi.

    Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Awang Muhammad Nazmi bin Puasa diikuti dengan nyanyian lagu kebangsaan dan lagu sekolah beramai-ramai.

    Bagi memeriahkan sambutan itu, beberapa aktiviti telah diadakan termasuk pembentukan angka 40 oleh kanak-kanak TASKA, perarakan Hari Kebangsaan dan aktiviti melihat suntingan video Hari Kebangsaan kali ke-40.

    Sambutan acara itu bertujuan menyemai nilai patriotik dalam diri setiap kanak-kanak sebagai usaha mentaati raja selaku Ulul Amri dan secara tidak langsung memupuk semangat dan sifat sayangkan raja dan negara.

    Pembentukan angka 40 oleh kanak-kanak TASKA YSHHB. – GAMBAR SERAHAN TASKA YSHHB
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...