Wednesday, February 5, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    COVID: 4 lagi meninggal dunia

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 MAC – Empat pesakit disahkan positif COVID telah meninggal dunia dalam masa 24 jam lalu, dengan dua daripadanya dikategorikan sebagai kematian COVID.

    Seorang daripadanya tidak pernah menerima vaksin COVID dan seorang lagi hanya menerima satu dos vaksin. Sementara dua kes lagi tidak dikategorikan sebagai kematian COVID, umum Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar pada sidang media harian di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan hari ini.

    Di kesempatan itu, Yang Berhormat Dato mewakili warga Kementerian Kesihatan dan keseluruhan rakyat Negara Brunei Darussalam mengucapkan takziah kepada keluarga-keluarga Allahyarham.

    “Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama para salehin. Al-Fatihah.”

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda