Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Cuaca aktif hingga 30 Oktober

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 OKT – Negara Brunei Darussalam berpotensi mengalami keadaan cuaca aktif yang berlaku bermula pada malam, 24 Oktober hingga 30 Oktober di mana hujan lebat dan berpetir dijangka berlaku sekali-skala dengan kelajuan angin kencang boleh meningkat sehingga 45 kmsj semasa atau dekat hujan lebat.

    Maklumat nasihat cuaca untuk orang ramai berkenaan telah dikeluarkan oleh Jabatan Kaji cuaca Brunei Darussalam, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, kelmarin.

    Nasihat yang dikeluarkan menyatakan bahawa terdapat risiko banjir kilat terutamanya di kawasan-kawasan rendah dan mudah banjir serta di kawasan berdekatan tebing sungai semasa hujan lebat berterusan dan semasa kejadian air pasang.

    Jabatan berkenaan turut menyatakan bahawa kejadian tanah susur dan pokok tumbang juga boleh berlaku semasa hujan lebar dan keadaan berangin.

    – Freepik

    Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Khamis.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...