Sunday, March 16, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cuai punca muncung pam tercabut

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 SEPT – Syarikat Pemasaran Brunei Shell Sdn Bhd (BSM) mengesahkan bahawa satu lagi kejadian telah berlaku di mana kenderaan bergerak ketika muncung pam masih berada pada lubang pengisian minyak selepas mengisi minyak di sebuah stesen minyak.

    BSM dalam kenyataannya, hari ini, memaklumkan orang ramai bahawa kejadian itu disebabkan kecuaian.

    Sehubungan itu, orang ramai digesa supaya mematuhi arahan kru stesen dan menunggu sehingga mereka memaklumkan bahawa pengisian telah selesai sebelum bergerak.

    BSM turut memberi jaminan bahawa stesen yang terlibat berkenaan masih selamat dan terus beroperasi.

    Bagi pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan BSM di talian 2244739.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda