Monday, April 28, 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cuba import gula buat kali pertama

    SEBELUM ini, Cuba terkenal sebagai pengeluar gula utama dan menjadi sumber ekonomi yang penting untuk pendapatan pulau tersebut yang terletak di kepulauan Caribbean. Sekarang, pengeluar gula yang terkenal itu telah mengimport gula buat kali pertama dengan jumlah yang besar, dari Perancis selepas mengalami proses penuaian yang teruk.

    Sebelum ini, gula merupakan sebahagian besar barangan yang dieksport oleh Cuba ke beberapa buah negara. Namun apabila kejatuhan Kesatuan Soviet, pelanggan utama yang mengimport gula tersebut telah merubah segalanya, iaitu seperti kekurangan pelaburan dalam benih, baja dan juga racun perosak.

    Memang pada awal tahun 1990an, Cuba telah mengeluarkan kira-kira lapan juta tan gula setahun. Satu dekad kemudian, ia telah berhenti mencapai dua juta tan setahun.

    Pada masa itu, gula telah menyumbang hampir 75 peratus eksport Cuba. Namun pada tahun 2015, ia hanya mencapai setinggi 13 peratus, dengan produk lain seperti nikel dan tembakau yang telah membentuk beberapa perbezaan.

    Proses penuaian pada tahun 2017-2018, mencatatkan sejarah yang teruk selepas badai Irma merosakkan sebahagian besar industri ekonomi negara itu, diikuti oleh musim hujan yang panjang. Jadi Cuba mengimport gula dari Perancis.

    Dari tahun 2001 hingga 2017, Cuba telah mengimport hanya tiga tan gula dari Perancis. – AFP
    Apabila kejatuhan Kesatuan Soviet, pelanggan utama yang mengimport gula tersebut telah merubah segalanya, iaitu seperti kekurangan pelaburan dalam benih, baja dan juga racun perosak. – AFP
    Gula yang didapatkan sekarang sangat bagus, ia sangat manis, tidak begitu banyak berbeza. Namun, satu-satunya perbezaan adalah warna. – AFP

    Gula putih

    Di pulau tersebut, penduduk dengan cepat cuba untuk menangani situasi gula di negara tersebut yang agak kontra-intuitif. Di sini, gula tersebut daripada berwarna putih ia bertukar warna menjadi coklat. Tetapi gula yang diimport dari Perancis lebih berwarna putih dan lebih halus.

    “Gula yang kami dapatkan sekarang sangat bagus, ia sangat manis, tidak begitu banyak berbeza. Namun, satu-satunya perbezaan adalah warna,” kata FeliciaNavarro, seorang suri rumah yang berusia 40 tahun.

    Agensi pertanian Perancis dan agensi pengeksportan makanan dari Perancis AgriMer berkata bahawa dari tahun 2001 hingga 2017, Cuba telah mengimport hanya tiga tan gula dari Perancis. Tetapi dalam hanya tiga bulan semasa musim panas pada tahun ini, iaitu Jun, Julai dan Ogos, jumlah itu melambung kepada 40,000 tan.

    “Ini adalah kali pertama dalam sejarah bahawa Cuba mengimport sejumlah besar gula dari Perancis,” kata FranceAgriMer. Cuba mengimport kebanyakan makanan yang dimakannya. Setiap tahun, negara ini akan mengimport sebanyak 400,000 tan gandum.

    Zaman keemasan sudah berakhir

    Nombor baharu ini sangat memalukan untuk Cuba, mengingat masa lalu sebagai pengeluar gula terbesar di dunia dan salah satu pengeksport terbesar. Sehingga tahun 1960. Amerika Syarikat merupakan salah satu daripada pelanggan utamanya.

    Kemudian muncul Soviet, yang membeli gula dari Cuba dengan harga diskaun. Hari ini, pengeluaran gula di sini sangat mengecewakan. Jumlah tahunan yang dijangkakan ialah 1.6 juta tan, tetapi sebenarnya hanya 1.1 juta. Dan tidak hairanlah, Cuba terpaksa mengimport kerana ia mempunyai kontrak eksport dengan China untuk dipenuhi, kata FranceAgriMer.

    Perunding ladang British yang dipanggil FO Licht berkata bahawa ia menjangkakan keluaran Cuba untuk musim depan akan mampu mencecah kepada 1.5 juta tan, walaupun ia jauh dari jumlah besar yang digunakan pada tahun 1980an.

    Pihak kerajaan Cuba telah menyalahkan embargo perdagangan AS sejak tahun 1962 lagi kerana telah menyekat pengimportan peralatan perindustrian yang sangat diperlukan.

    “Halangan utama pembangunan pulau itu adalah embargo yang dikenakan oleh AS,” kata Presiden Cuba, Miguel Diaz-Canel, baru-baru ini, sambil menambah bahawa penduduk-penduduknya menerima kesan yang mendalam berikutan perkara itu.

    Negara itu tidak mempunyai sumber dan mata wang yang dasar, tetapi terdapat juga faktor struktur dan logistik yang boleh saja memainkan peranan, kata pakar ekonomi Cuba, Omar Everleny Perez.

    Cuba sangat obsesi untuk mempelbagaikan ekonomi dan cuba mengurangkan kebergantungan kepada eksport gula, katanya. Namun situasi itu menyebabkan kekurangan pelaburan dan tuaian terburuk dalam sektor itu dalam satu abad.

    “Zaman keemasan telah berakhir kerana kapasiti pengeluaran bukanlah berdasarkan apa yang berlaku,” jelas Perez.

    Sebelum ini, terdapat sekitar 150 buah kilang di Cuba untuk memproses air tebu. Sekarang hanya terdapat sekitar 50 buah kilang sahaja yang masih beroperasi. Cuba harus membuka pintunya kepada pelaburan asing yang semakin menunjukkan minat, tambahnya.

    Draf baharu perlembagaan negara yang akan menjalani undian pada bulan Februari tahun depan harus dibuat dengan lebih mudah malah pelaburan asing adalah penting untuk pembangunan Cuba. Jika tidak, kata Perez, Cuba akan berdepan risiko kekurangan gula dalam beberapa tahun akan datang. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda