Sunday, February 9, 2025
22 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cue Sports anjur snuker kebangsaan

    Oleh Mohamad Asyramisyanie

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Feb – Persatuan Cue Sports Brunei Darussalam akan menganjurkan Kejohanan Snuker Lelaki Kebangsaan pada setiap hari Ahad bermula 4 hingga 26 Mac 2017 ini nanti.

    Kejohanan berkenaan dijadualkan akan berlangsung bermula pada jam 10 pagi sehingga 10 malam di Dewan Billiards dan Snooker di Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah di Berakas.

    Sebelum itu, kejohanan anjuran bersama dengan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan ini akan menjalankan undian pada tarikh tutup penghantaran borang iaitu pada 27 Februari 2017 pada jam 7:30 malam di lokasi perlawanan.

    Kejohanan tersebut terbuka kepada semua warga Brunei Darusaalam dan penduduk tetap, mana-mana penyertaan selepas undian tidak akan diterima, manakala borang pendaftaran boleh didapati daripada Johnny Chong di talian 8639032, dan Awang Mohammad Airwan Zakaria melalui talian 8776738.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda