Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Taksonomi ASEAN bantu peralihan adil, mampan

    Oleh Salawati Haji Yahya –
     
    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 DIS – Lembaga Taksonomi ASEAN (ATB), yang mewakili badan-badan sektor kewangan ASEAN, memaklumkan bahawa perundingan pihak berkepentingan untuk Versi 2 Taksonomi ASEAN bagi Kewangan Mampan telah pun selesai.
     
    Ini merupakan peristiwa penting dalam mengesahkan perjalanan rantau ini ke arah kemampanan dan daya tahan iklim serta menunjukkan komitmen ATB untuk menyediakan panduan penting dalam menyokong aktiviti ekonomi yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar.
     
    Dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, ATB menyatakan bahawa untuk memajukan agenda kewangan mampan di rantau ini, ATB telah mengeluarkan Versi 2 Taksonomi ASEAN pada awal tahun ini dengan menampilkan rangka kerja asas yang lengkap, menawarkan metodologi terperinci untuk menilai pelbagai aktiviti ekonomi.
     
    Susulan pelancaran tersebut, ATB memulakan rundingan bersama pihak-pihak berkepentingan di rantau ASEAN dan seterusnya, melibatkan lebih daripada 1,300 pihak berkepentingan dan 250 organisasi melalui maklum balas bertulis, sesi meja bulat dan temu bual.
     
    Perundingan itu penting dalam mengesahkan dan memperhalusi pendekatan Taksonomi ASEAN.
     
    Gambar Freepik
    Kenyataan turut menjelaskan, prinsip utama Taksonomi ASEAN adalah untuk memudahkan peralihan yang adil dan yang akan terus memacu pembangunan fasa Taksonomi seterusnya.
     
    Dalam perkara ini, pihak berkepentingan mengesahkan penggunaan sistem Taksonomi berasaskan lampu isyarat sebagai alat yang berguna dalam menyokong syarikat-syarikat dalam perjalanan kewangan peralihan.
     
    Pihak berkepentingan juga mengalu-alukan pendekatan inklusif Taksonomi dalam menampung syarikat-syarikat di pelbagai peringkat pembangunan dengan rangka kerja penubuhan berasaskan prinsip agnostik sektor dan Plus Standard berasaskan nilai ambang.
     
    Rangka kerja penubuhan menawarkan titik permulaan bagi perniagaan yang memulakan perjalanan kemampanan mereka manakala Plus Standard memberi peluang kepada syarikat-syarikat yang mempunyai ketersediaan data lebih besar untuk menunjukkan komitmen ketat dan keperluan klasifikasi.
     
    ATB akan terus mengambil kira maklum balas yang diterima untuk diperbaiki dan Taksonomi ASEAN akan dikemas kini serta diteliti secara berterusan selaras dengan perkembangan teknologi, saintifik dan ekonomi.
     
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...