Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Ernie promosi Masing-Masing di Jakarta

    Selepas lagu Hal Hebat dendangan bersama Govinda mendapat sambutan positif peminat seberang, Ernie Zakri mempromosikan single ciptaan Ade Govinda berjudul Masing-Masing di Jakarta, bulan lalu.

    Memulakan program promosi di Jakarta pada 15 Januari lalu, Ernie berkata, sepanjang tempoh lima hari, dia memenuhi banyak undangan bersama media massa.

    “Saya muncul dalam pelbagai wawancara media. Saya pergi ke Kinari Warta Kota Podcast dan iRadio Jakarta sebelum membuat penampilan di Sea Today Morning Show dan Pro 2 Jakarta.

    “Kemudian saya jadi tetamu dalam program Detik Pagi, Celebrits Okezone dan I Talk Insert. Keesokan hari, saya diwawancara In Today Media dan JakFM. Sesi promosi ini ditutup dengan nyanyian bersama Ade di Anjungan Sarinah Jakarta.

    “Alhamdulillah, semuanya lancar. Saya sangat gembira dengan rangka promosi di Jakarta. Saya tidak sangka penerimaan media massa di republik itu begitu baik terhadap saya. Mereka beri kerjasama yang baik,” katanya.

    Ernie berterima kasih kepada semua pihak yang memberi kerjasama dalam program promosi itu terutama peminat di Indonesia.

    “Walaupun penat mengejar masa, saya gembira dengan apa yang dirancang syarikat rakaman Universal Music Malaysia dan MyMusic Records.

    “Saya harap dapat melawat Indonesia pada masa akan datang untuk membuat persembahan dengan menyanyikan single Masing-Masing,” katanya.

    Menurut laporan BH Online, Masing-Masing hasil kolaborasi dengan Ade dan gubahan kerjasama Ade serta Nabila V menjadi antara dendangan dimuatkan dalam album terbaharu Ernie berjudul Aura.

    Lagu yang membawa tema putus cinta itu mendapat sambutan sangat baik di stesen radio tempatan dengan video muzik meraih 1.8 juta penonton selepas dimuat naik pada 3 November lalu.

    Ernie mempunyai harapan tinggi untuk lagu Masing-Masing disambut baik di Indonesia.

    “Saya berharap lagu ini diterima pendengar muzik Indonesia kerana harapan saya pada lagu dan album ini sangat besar.

    “Namun, cita-cita harus terletak kepada rezeki dan usaha saya. Semoga saya akan menerima khabar yang baik-baik sahaja dari Indonesia,” katanya.- Agensi

    Ernie mempunyai harapan tinggi untuk lagu Masing-Masing disambut baik di Indonesia.- mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...