Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Dadah: Sembilan individu dihukum mati, dua dipenjara seumur hidup

    HANOI, 22 JAN – Vietnam hari ini telah menjatuhkan hukuman mati kepada sembilan orang dan dua lagi dikenakan hukuman penjara seumur hidup kerana penglibatan mereka dalam kumpulan pengedaran dadah rentas sempadan, lapor media kerajaan.

    Negara Asia Tenggara itu mempunyai beberapa undang-undang dadah yang paling keras di dunia dan terkenal merahsiakan pelaksanaannya.

    Pada akhir perbicaraan selama tiga hari, mahkamah di wilayah Nghe An tengah menjatuhkan hukuman mati kepada ketua kumpulan, Tran Thi Mau, 56, dan lapan rakan sejenayahnya. Dua lagi dalam kumpulan pengedaran dadah yang sama telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup, lapor laman web VNExpress.

    Menurut laporan, Mau dan anggota kumpulannya membeli dadah itu dari negara jiran Laos, mengupah penduduk tempatan untuk mengangkut barangan itu secara haram ke Vietnam melalui hutan.

    Kumpulan itu berjaya mengedar 105 kilogram dadah jenis meth, heroin dan sintetik antara akhir 2021 dan penahanan mereka pada Mei 2022.

    Dadah itu diangkut pada waktu malam untuk mengelakkan pengesanan polis, kata laporan.

    Mahkamah Vietnam secara rutin menjatuhkan hukuman mati bagi kes-kes dadah dan negara itu adalah peneraju hukuman mati di seluruh dunia, menurut Amnesty International.

    Pada November, mahkamah di Ho Chi Minh City menjatuhkan hukuman mati kepada 18 pengedar dadah, termasuk dua warga Korea Selatan dan seorang warga China. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...