Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Sarawak bakal bangunkan dua tempat transit gelandangan di Kuching

    KUCHING, 22 JAN – Kerajaan Sarawak akan membangunkan dua tempat transit gelandangan (TTG) di bandar raya ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Seri Fatimah Abdullah.

    Beliau berkata pusat berkenaan yang bakal membantu golongan gelandangan di bandar ini masing-masing terletak di utara dan selatan Kuching.

    “Di bawah Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) kita kenal pasti lokasi untuk TTG di belakang Muzium Budaya Borneo (di Jalan P Ramlee) iaitu lokasi di deretan kedai ia masih di peringkat tender.

    “Selain itu, bagi Majlis Bandaraya Kuching Selatan, pihak Pusat Sokongan Sosial Komu-niti (CSSC) di Padungan bersetuju untuk menjadikan tingkat tiga sebagai TTG,” katanya.

    Fatimah berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Datuk Bandar DBKU Hilmy Othman.

    TTG pertama di Sarawak telah diwujudkan di Sibu pada 2021 dan buat masa ini, kerajaan negeri sedang melaksanakan TTG di Jambatan Sungai Sebiew, Bintulu.

    “Kita fokuskan TTG di bandar-bandar utama di negeri ini dan bagi pembinaan TTG di Bintulu kita jangkakan ia siap pada 2024 atau selewat-lewatnya awal 2025,” katanya. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...