Wednesday, January 22, 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dadah sintetik dijual serendah RM18

    PUTRAJAYA, 10 JULAI – Dadah jenis sintetik kini dijual pada harga serendah RM18 melalui laman web gelap serta aplikasi Telegram dan WhatsApp, dedah Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Suteko Ahmad Belon, hari ini.

    Beliau berkata bekalan dadah sintetik seperti pil kuda, syabu dan ekstasi itu kemudiannya dihantar kepada pelanggan melalui perkhidmatan kiriman cepat atau orang persendirian.

    “Daripada pergi kepada tokan, mereka (penagih dadah) boleh order pesanan dan ia dihantar terus ke rumah,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa

    Kabinet Membanteras Gejala Dadah (JKMD) Bilangan 1 Tahun 2023 yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda