Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Pegawai tertinggi EU gesa strategi industri pertahanan baharu

    BRUSSELS, 28 FEB – Seorang pegawai tertinggi Kesatuan Eropah (EU) hari ini menggesa strategi industri pertahanan baharu bagi menangani cabaran keselamatan yang ditimbulkan oleh perang Rusia ke atas Ukraine dengan pembelian senjata dan peluru buatan Eropah sebagai dasar utamanya.

    Pencerobohan Rusia telah mendedahkan kelemahan yang ketara dalam kapasiti pengeluaran senjata Eropah. Enggan melabur dalam kakitangan dan peralatan tanpa pesanan yang kukuh, industri pertahanan lambat untuk meningkatkan pengeluaran, terutamanya peluru meriam yang sangat diperlukan oleh Ukraine.

    Kesedaran yang semakin nyata bahawa bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mungkin kembali ke Rumah Putih dan melemahkan sokongan untuk Ukraine juga telah menjadi tumpuan di Eropah. Penyokong utama EU, Perancis dan Jerman telah memberikan amaran bahawa blok itu mesti harus melakukan lebih banyak untuk melindungi dirinya.

    “Kedaulatan Eropah adalah mengenai bertanggungjawab terhadap diri kita sendiri untuk apa yang penting, malah kewujudan bagi kita,” kata Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen.

    “Ia adalah mengenai keupayaan kami tetapi juga mengenai kesediaan kami untuk mempertahankan kepentingan dan nilai-nilai kami sendiri.”

    Menjelaskan visinya tentang strategi baharu itu kepada ahli Parlimen Eropah di Strasbourg, Perancis, Von der Leyen berkata, “Asas strategi adalah prinsip yang mudah: Eropah mesti berbelanja lebih banyak dan lebih baik, membelanjakan dengan cara Eropah.”

    Perang di Ukraine mendorong negara-negara Eropah untuk meningkatkan perbelanjaan pertahanan. Sebagai contoh, Jerman mengumumkan peningkatan 100 bilion euro bagi angkatan tenteranya, dengan sebahagian besar dana didedikasikan untuk jet pejuang F-35 AS dan helikopter pengangkutan. – AP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...