Friday, December 27, 2024
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    DataConnect kini tersedia di seluruh dunia

    BERLIN, 2 JULAI – DataConnect, inisiatif global untuk membolehkan armada jenama campuran dalam satu platform tunggal, kini disiarkan secara langsung dengan satu rangkaian enam platform digital utama yang diperluaskan dan tersedia kepada operasi ladang di seluruh dunia.

    Case IH, STEYR dan New Holland kini bergabung dengan John Deere, CLAAS dan platform pengurusan ladang Eropah 365FarmNet, yang melancarkan ciri itu pada akhir musim luruh yang lalu.

    Mana-mana operasi ladang yang menggunakan mana-mana jentuai foraj terdorong diri, kombin atau traktor dari jenama-jenama yang turut serta sekarang boleh melihat kesemuanya dalam satu platform yang mengambil bahagian.

    Sebelum ini, untuk melihat maklumat seperti itu memerlukan pengurusan portal tambahan bagi setiap jenama yang terlibat.

    Dengan pendekatan baharu ini, pelanggan boleh melihat lima parameter data jentera yang berbeza daripada armada jentera mereka iaitu lokasi jentera semasa, kedudukan sejarah jentera, tahap tangki bahan api, status bagi jentera di ladang dan kelajuan jentera.

    DataConnect berfungsi tanpa sebarang komponen perkakasan dan perisian tambahan dan memastikan pengendalian data secara selamat. Penyelesaian itu akan digunakan untuk beratus ribu jentera yang sudah bersambung. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda