Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Dataran Perayaan dicadang sebagai lokasi perhimpunan solidariti

    KUCHING, 24 OKT – Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak mencadangkan Dataran Perayaan, berdekatan Stadium Negeri sebagai lokasi penganjuran perhimpunan solidariti bersama rakyat Palestin.

    Menterinya, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata lokasi berkenaan dilihat lebih sesuai bagi menghimpunkan rakyat Sarawak yang terdiri daripada pelbagai agama dan kaum.

    “Masalah Palestin bukan masalah keagamaan, ia merupakan perjuangan untuk membebaskan tanah air, jadi kalau perhimpunan diadakan di masjid, kita tahu bahawa yang menyokong perjuangan Palestin bukan sahaja yang beragama Islam.

    “Saya akan meluluskan sekiranya penganjur ingin mengadakan perhimpunan solidariti di Dataran Perayaan kerana perkara itu di bawah kementerian saya,” katanya dalam sidang media di Bangunan Baitulmakmur II hari ini.

    Beliau berkata demikian bagi mengulas isu tular melalui laman Facebook berhubung acara Perhimpunan Solidariti Palestin Sarawak yang sepatutnya berlangsung di pekarangan Masjid India Kuching pada Ahad lepas, namun dibatalkan atas arahan pihak atasan dan faktor keselamatan.

    Bagaimanapun, Abdul Karim berkata pihaknya tidak pasti sekiranya penganjur perhimpunan itu telah mendapatkan permit bagi mengadakan program berkenaan. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...