Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Datuk rogol cucu: Mahkamah Rayuan kekal hukuman penjara 20 tahun

    PUTRAJAYA, 16 APRIL – Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara 20 tahun ke atas seorang datuk kerana merogol cucu perempuannya yang berusia tujuh tahun, enam tahun lepas. 

    Panel tiga hakim terdiri daripada Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail, Datuk Azman Abdullah dan Datuk Azmi Ariffin menolak rayuan lelaki berusia 71 tahun itu untuk mengurangkan hukuman penjaranya.

    Hakim Hadhariah berkata tiada merit dalam rayuan lelaki itu dan mahkamah mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi.

    Dia diperintahkan menjalani hukuman itu dari tarikh dia ditangkap pada 5 Ogos 2021.

    Pada 16 Ogos 2021, lelaki itu dijatuhi hukuman penjara 18 tahun oleh Mahkamah Sesyen selepas dia mengaku bersalah merogol kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun tujuh bulan itu di sebuah pangsapuri di Kajang, Selangor pada 6:30 petang pada 1 April 2018. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...