Tuesday, April 30, 2024
33.7 C
Brunei

    -

    QSB pelawa syarikat luar jalin kerjasama melabur di Sabah

    KOTA KINABALU, 16 APRIL – Syarikat berkaitan kerajaan negeri, Qhazanah Sabah Berhad (QSB) sentiasa mengalu-alukan mana-mana syarikat dari luar Malaysia yang ingin menjalin kerjasama untuk melabur di Sabah, kata Pengerusinya, Datuk Dr Yusof Yacob.

    Yusof berkata QSB bersedia untuk berunding dan berbincang mengenai bentuk kerjasama yang sesuai dengan pelabur negara luar sama ada dari China, Singapura atau mana-mana negara lain.

    Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan selepas menerima kunjungan daripada delegasi ahli perniagaan Global Confederation of Belt and Road Economic Cooperation di Menara Kinabalu di sini, hari ini.

    Delegasi persatuan yang dianggotai ahli perniagaan dari Singapura dan China itu diketuai setiausaha agung yang juga naib presidennya, Xu Feng dan pengerusi eksekutifnya, Chris Chan.

    Hadir sama, timbalan pengerusi Invest Sabah Berhad, George Wong dan timbalan ketua pegawai eksekutif kumpulan QSB, Rudy Jaglul.

    “Mereka ini terdiri daripada 98 usahawan dan ahli perniagaan pelbagai industri yang bersedia melabur dan menjalin kerjasama dengan QSB. Kita alu-alukan ketibaan mereka dan akan berbincang mengenai apa jenis kerjasama yang akan dilaksanakan nanti.

    “Namun demikian, kita kena selesaikan beberapa isu asas iaitu koordinasi dengan Sabah Invest Berhad dan juga syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kerajaan negeri yang lain supaya tidak bertindih agar memberi impak baik kepada negeri Sabah supaya ada matlamat tertentu akan tercapai melalui pelaburan,” kata Yusof. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun nafi akan berundur atas kekalahan partinya dalam pilihan raya...

    TOKYO, 30 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida berkata pada hari ini kekalahan besar parti pemerintahnya dalam pilihan raya kecil hujung minggu lalu...