LOS ANGELES, 27 MAC – Anthony Davis memimpin kebangkitan Los Angeles Lakers pada lewat perlawanan setelah ketinggalan 19 mata dalam suku keempat untuk menewaskan Milwaukee Bucks 128-124 pada masa tambahan, kelmarin.
Dengan LeBron James disisihkan kerana kecederaan, Davis terpaksa berusaha keras dengan menghabiskan hampir 52 minit di gelanggang untuk Lakers meraih kemenangan menentang Bucks, yang dalam prestasi cemerlang dengan mencatatkan enam kemenangan berturut-turut.
Davis menamatkan perlawanan dengan 34 mata, 23 rebound dan dua assist, selain membuat empat halangan dalam aksi pertahanan yang cemerlang.
Pemain veteran Lakers itu turut dibantu oleh Austin Reaves dan D’Angelo Russell, yang masing-masing menamatkan saingan dengan 29 mata.
Reaves meraih triple-double kedua, dengan 14 rebound dan 10 assist untuk menyamai 29 mata.
Milwaukee dalam pada itu tertanya-tanya di mana silapnya selepas mendahului permainan dari awal suku pertama sehingga Lakers mengatsinya pada 101-101 hasil dua lontaran percuma Taurean Prince ketika berbaki 44 saat.
Dua masa tambahan dalam perlawanan tegang sehingga lontaran tiga mata Reaves sejauh 28 kaki dan dua balingan percuma daripada Russell memberikan Lakers kemenangan 126-121 dengan baki 14 saat.
Tiga mata dari Malik Beasley merapatkan jurang kepada dua mata untuk Milwaukee tetapi dua lagi lontaran percuma dari Davis telah mengesahkan kemenangan.
“Perlawanan itu merupakan kemenangan pasukan yang hebat,” kata jurulatih Lakers, Darvin Ham selepas perlawanan.
“Para pemain berjuang bersama-sama sekali lagi dan berusaha sehabis baik. Ia merupakan cara yang hebat untuk memulakan perjalanan enam perlawanan.”
Sementara itu, Reaves memberi pujian kepada Davis. Pemain berusia 31 tahun itu mengalami kesukaran dalam pertandingan itu meskipun mengalami kesulitan bergerak disebabkan cedera lutut dalam semasa bertembung dengan Khris Middleton dari Milwaukee. – AFP