Monday, March 17, 2025
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    DBP terima sumbangan 48 buku Turkiye

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 JUN – Kedutaan Besar Republik Rakyat Turkiye telah menyumbangkan sebanyak 48 buah buku ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang diserahkan pada majlis yang berlangsung di Ruang Legar, Tingkat 1 Perpustakaan DBP, Bandar Seri Begawan.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Dr Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah yang turut menerima sumbangan buku-buku berkenaan daripada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Turkiye ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Profesor Dr Hamit Ersoy.

    Sumbangan buku yang merangkumi pelbagai topik seperti sejarah, ekonomi, politik, teknologi, seni dan budaya itu merupakan satu usaha berterusan bagi memupuk budaya membaca di negara ini, sekali gus menambah bahan bacaan serta koleksi Perpustakaan
    DBP.

    Majlis juga diteruskan dengan perasmian Sudut Bacaan Turkiye di perpustakaan berkenaan yang disempurnakan oleh Dr Siti Norkhalbi.

    Sumbangan buku berkenaan diharapkan akan memperkayakan lagi sumber bacaan mengenai Turkiye di Perpustakaan DBP dan seterusnya membolehkan lebih ramai pengguna perpustakaan untuk mengetahui tentang sejarah serta ekonomi negara berkenaan.

    Selain itu, untuk mengukuhkan kerjasama dua hala antara Kedutaan Republik Turkiye dan Negara Brunei Darussalam.

    Dr Siti Norkhalbi merasmikan Sudut Bacaan Turkiye sambil disaksikan TYT Profesor Dr Hamit Ersoy.
    Dr Siti Norkhalbi dan TYT Profesor Dr Hamit Ersoy bergambar ramai di Sudut Bacaan Turkiye yang baru dirasmikan di Perpustakaan DBP Bandar Seri Begawan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda