Saturday, February 8, 2025
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    De Lima diberkas

    MANILA, 24 Feb – Pengkritik wanita yang begitu menonjol terhadap perang dadah kejam Presiden Filipina Rodrigo Duterte diberkas hari ini atas dakwaan yang menurutnya bertujuan mendiamkannya, tetapi dia berikrar akan terus menentang ‘pembunuh bersiri sociopath’.

    Bercakap kepada para wartawan beberapa minit sebelum polis bersenjata menahannya, Senator Leila de Lima menegaskan dia tidak bersalah di atas dakwaan mengedar dadah yang mungkin menyaksikan dia dihukum penjara seumur hidup.

    “Saya berbesar hati dipenjara bagi perkara yang saya perjuangkan. Tolong doakan saya,” De Lima, 57 tahun berkata di luar pejabat Senatnya tempat dia berlindung sementara semalaman selepas waran tangkap dikeluarkan semalam.

    “Mereka tidak akan dapat mendiamkan saya dan menghalang saya dari berjuang bagi kebenaran dan keadilan dan menentang pembunuhan dan penindasan setiap hari oleh rejim Duterte.”

    De Lima juga merakamkan video polemik sebelum ditangkap yang mana dia menyeru rakyat biasa Filipina supaya menunjukkan keberanian dan membantah usaha Duterte memerangi dadah, yang telah menyaksikan lebih 6,500 orang terbunuh sejak beliau memegang jawatan presiden lapan bulan lalu. – AFP

    Leila de Lima (tengah) dikelilingi polis dan anggota keselamatan ketika beliau ditahan di Bangunan Senat Filipina di Pasay City, kelmarin. – Xinhua
    Leila de Lima (tengah) dikelilingi polis dan anggota keselamatan ketika beliau ditahan di Bangunan Senat Filipina di Pasay City, kelmarin. – Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda