Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Debu letusan Gunung Ruang tidak jejaskan kualiti udara permukaan Sabah, Sarawak

    KOTA KINABALU, 18 APRIL – Awan debu yang terhasil akibat letusan Gunung Ruang di Sulawesi Utara, Indonesia tidak menjejaskan kualiti udara permukaan di Sabah dan Sarawak berdasarkan pencerapan indeks pencemaran udara (IPU).

    Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah berkata bagaimanapun awan debu terhasil akibat letusan gunung berapi setinggi 725 meter dari paras laut itu pada 9:45 pagi, Selasa lepas, menjejaskan operasi penerbangan di dua negeri berkenaan.

    “Ketinggian letusan yang dicerap ialah hingga 55,000 kaki dan awan debu yang terbentuk boleh menyebabkan risiko kepada keselamatan pesawat. MetMalaysia akan terus memantau kesan letusan Gunung Berapi Ruang terhadap negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Beliau berkata Indonesia telah meningkatkan amaran letusan gunung berapi kepada Tahap 4 (Awas) dan menjangkakan gunung berapi itu akan terus aktif serta boleh meletus daripada semasa ke semasa.

    “Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa peka dengan maklumat yang dikeluarkan oleh MetMalaysia melalui laman web rasmi, aplikasi myCuaca dan media sosial,” katanya. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...