Wednesday, May 1, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Sertai kempen bantu tambah bekalan darah

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 APRIL – Orang ramai diseru untuk tampil ke hadapan bagi sama-sama membantu mengekalkan bekalan darah di Negara Brunei Darussalam dengan mengambil bahagian dalam kempen-kempen menderma darah.

    Dalam hubungan itu, Pusat Pendermaan Darah di Jabatan Perkhidmatan Makmal, Kementerian Kesihatan akan mengadakan kempen derma darah yang dibukakan penyertaan kepada orang ramai pada 20 April di Tingkat 1, Pusat Membeli-belah Midvalley anjuran Arno Zoey Wonderland bermula pukul 10 pagi hingga pukul 1:30 petang.

    Para penderma darah yang berminat adalah digalakkan untuk membuat tempahan slot derma darah melalui aplikasi BloodKad bagi kempen derma darah berkenaan.

    Arno Zoey Wonderland akan menganjurkan kempen derma darah di Tingkat 1, Pusat Membeli-belah Midvalley pada 20 April. – GAMBAR FAIL MUIZ MATDANI
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bangladesh catat suhu paling panas bulan April

    DHAKA, 1 MEI - Biro cuaca Bangladesh berkata hari ini bahawa bulan lalu merupakan bulan paling panas dalam rekod, dengan negara Asia Selatan dan...