Saturday, May 4, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Dedah lapan daerah miskin tegar Sabah tindakan berani

    KOTA KINABALU, 22 APRIL – Tindakan mendedahkan lapan daerah di Sabah berdepan dengan kemiskinan tegar dengan kadar yang lebih tinggi berbanding nasional adalah tindakan berani dan bertanggungjawab Kerajaan Perpaduan, persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah diberitahu hari ini.

    Datuk Masiung Banah (GRS-Kuamut) berkata pendedahan itu tidak sepatutnya dilihat sebagai sesuatu yang negatif, sebaliknya memperlihatkan Kerajaan Perpaduan diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim komited dalam menoktahkan kemiskinan tegar di negeri ini.

    Menurutnya, beliau tidak kecil hati atau marah apabila daerah tertinggi miskin tegar berada dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) tadbirannya iaitu daerah Tongod, malah gembira apabila kerajaan Persekutuan dan negeri masa ini berusaha keras membantu penduduk yang berdepan miskin tegar.

    “Ini suatu endorsement apa yang saya katakan sejak saya ada dalam DUN ini pada 2008 hingga kini, kita minta kerajaan Persekutuan dan negeri ambil perhatian kerana daerah Tongod ini terpencil serta termundur di Malaysia, perlu diberi perhatian.

    “Saya gembira kerana kerajaan berani umumkan dan ke depan selesaikan masalah ini, tabik hormat saya kepada Perdana Menteri (Anwar) kerana berani nyatakan apa yang nyata dan berani bersama Sabah cari jalan penyelesaian,” katanya di sini hari ini.

    Beliau berkata demikian ketika membahaskan Usul Ucapan Terima Kasih Kepada Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin Atas Ucapan Dasar Kerajaan Negeri pada persidangan itu. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jenama rempah-ratus India diperiksa atas faktor kebimbangan kesihatan

    NEW DELHI, 3 MEI - Jenama rempah-ratus India diperiksa pihak berkuasa selepas beberapa negara menghalang penjualan produk keluaran dua syarikat kerana disyaki mengandungi etilena oksida,...