Sunday, March 16, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dembele akan kembali

    BARCELONA, 26 APRIL – Jurulatih Barcelona, Xavi Hernandez mengesahkan pemain sayap, Ousmane Dembele (gambar – Agensi) akan kembali daripada kecederaan menjelang pertemuan dengan Real Betis Ahad ini.

    Pemain antarabangsa Perancis itu, yang menjadi nadi utama kepada pendahulu liga, tidak dapat beraksi sejak Januari lalu akibat kecederaan paha.

    Dembele sejak kebelakangan ini sudah kembali berlatih namun tidak disenaraikan dalam skuad berdepan Rayo Vallecano di Vallecas, manakala pertahanan Denmark, Andreas Christensen juga diketepikan.

    “Ahad ini dia akan kembali, jangan risau, dia berada dalam keadaan terbaik. Andreas juga akan kembali,” kata Xavi.

    Barcelona berdepan masalah kecederaan pada 2023 dengan pemain tengah, Pedri dan Frenkie de Jong juga terpaksa diketepikan namun kedua-dua mereka kembali ketika menang 1-0 ke atas Atletico Ahad lalu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda