Monday, October 21, 2024
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dengar suara dalam kepala – Shasha Abedul

    Pelakon Malaysia, Shasha Abedul mendedahkan dia pernah mengalami masalah gangguan mental seperti kemurungan dan serangan panik tiga tahun lalu.

    Shasha, 28, berkata, dia terpaksa berjumpa dengan pakar psikologi serta ahli terapi bagi membantu menangani masalah berkenaan.

    “Tiga tahun lalu saya mengalami gangguan kemurungan, anxiety dan serangan panik tapi tidaklah sampai tahap cederakan diri sendiri.

    “Tahun pertama kena macam tak tahu nak kawal apabila mendapat serangan tetapi selepas jumpa pakar barulah saya tahu mengawalnya,” katanya kepada mStar.

    Bercerita lanjut mengenai masalah dihidapi, dia pernah mengalami halusinasi selain mendengar suara seseorang dalam kepalanya.

    Shasha mempunyai masalah kesihatan mental sejak tiga tahun lalu. – kosmo.my

    Keadaan itu paling membuatkan dia bimbang namun bernasib baik semua masalah dihidapi dapat diatasi.

    “Saya pernah sampai pada satu tahap boleh dengar suara tak diketahui dalam kepala.

    “Ia sangat teruk. Malah saya tak tahu siapa yang cakap tu.

    “Perkara itu berlaku tiga minggu sebelum saya nak tunaikan umrah tahun lalu,” jelasnya.

    Dalam perkembangan lain, Shasha akan tampil dengan drama bersiri Project: Exit yang akan menemui penonton pada 1 November depan. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda