Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Dewan Pameran Skoda baharu dirasmikan

    Oleh Sim Y.H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 JAN – TCY Motors mencatatkan mercu tanda yang signifikan bukan sahaja bagi syarikat itu sendiri malah landskap automotif tempatan dengan perasmian Dewan Pameran Skoda yang baharu di Taman Perindustrian Lambak, kelmarin.

    Dewan pameran Skoda baharu itu membuktikan komitmen berterusan TCY Motors kepada menyediakan pelanggan Brunei dengan akses kepada kenderaan-kenderaan canggih yang dikenali bagi rekaan inovatif, ketahanan, teknologi automotif VM canggih serta prestasi hebat.
    Skoda yang mempunyai warisan yang kaya dengan reputasi kecemerlangan adalah selaras dengan dedikasi TCY Motors untuk menyediakan pengalaman automotif yang tiada tandingan kepada pelanggannya.

    Dewan pameran baharu berkenaan mengetengahkan model-model Skoda terkini serta menawarkan peluang kepada para pengunjung untuk menyaksikan sendiri kenderaan-kenderaan Skoda.

    Perasmian dewan pameran berkenaan telah dihadiri oleh pengurusan TCY Motors, tetamu jemputan, pemimpin industri dan penggemar automotif di mana mereka turut menyaksikan pelancaran kenderaan Skoda terkini, Kushaq SUV dan Slavia 4-door sedan.

    Semasa perasmian itu, Pengurus Pembangunan Perniagaan bagi Jualan Luar Negara, Skoda Auto, Vivienne Laboutkova menyatakan bahawa perasmian dewan pameran Skoda baharu di Negara Brunei Darussalam mengetengahkan rekaan moden identiti korporat Skoda dengan Brunei merupakan pasaran pertama di seluruh dunia untuk melaksanakan rekaan dewan pameran CI/CD terkini mereka.

    Model kenderaan Skoda terkini, Slavia 4-door sedan turut dilancarkan sempena majlis perasmian tersebut.
    – GAMBAR OLEH ADIB NOOR
    GAMBAR OLEH ADIB NOOR
    GAMBAR OLEH ADIB NOOR

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...