Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    YDP Negeri Sarawak Kelapan angkat sumpah

    KUCHING, 29 JAN – Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua (YDP) Negeri pada Istiadat Angkat Sumpah Pelantikan di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini.

    Ketibaan Tun Wan Junaidi bersama isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi disambut oleh Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri Puan Sri Juma’ani Tun Tuanku Bujang serta Speaker DUN Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nasar.

    Istiadat dimulakan dengan memeriksa Pasukan Kawalan Kehormatan Utama oleh 102 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia diketuai oleh DSP Mohamad Zaini Ismail, seterusnya diikuti dengan Istiadat Angkat Sumpah Pelantikan di Dewan Lapau pada pukul 4 petang.

    Wan Junaidi terlebih dahulu mengangkat sumpah sebelum menandatangani Surat Sumpah disaksikan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abdul Rahman Sebli.

    Beliau kemudiannya menandatangani Surat Pengisytiharan sebagai Yang Dipertua Negeri disaksikan oleh Premier Sarawak.

    Wan Junaidi, yang bakal menyambut ulang tahun kelahiran ke-78 pada 1 Februari ini telah menerima watikah pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Jumaat lepas di Istana Negara.

    Pelantikan beliau mengikut Perkara 1 Perlembagaan Negeri Sarawak bagi tempoh empat tahun bermula 26 Januari 2024 sehingga 26 Januari 2028, menggantikan Tun Abdul Taib Mahmud yang menyandang jawatan itu selama tiga penggal bermula 1 Mac 2014. – Bernama

    Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyantuni para kenamaan selepas Istiadat Angkat Sumpah Pelantikan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...