Saturday, April 13, 2024
35.5 C
Brunei

    -

    Didenda $31,000 kerana miliki 31 karton rokok

    Oleh Nour Maghfirah –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 NOV – Mahkamah Majistret di sini, hari ini, memerintahkan seorang warga Bangladesh membayar denda $31,000 selepas dia mengaku bersalah memiliki 31 karton rokok seludup pelbagai jenama.

    Masud Miah, 29, perlu menjalani hukuman penjara 14 bulan jika gagal membayar denda.

    Defendan mengaku di hadapan Majistret Nursariy Shahmina Jaffri bahawa rokok itu ditemui oleh sepasukan pegawai pencegah kastam di kuarters tempat kerjanya di tempat letak kereta bawah tanah, Kompleks 333, Jalan Pandan 7, Kuala Belait pada 11:02 pagi, 18 November lalu.

    Rokok-rokok berkenaan diarahkan untuk dimusnahkan.

    Gambar Freepik

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Banjir terburuk landa di Kazakhstan

    POKROVKA, 12 APRIL - Salji dan ais yang mencair dengan pantas telah menyebablan sungai-sungai di utara Kazakhstan dan sempadan di Rusia mencatatkan paras yang,...