Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    SR YSHHB rai 167 pelajar Tahun 6

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 NOV – Seramai 167 pelajar Tahun 6 Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SR YSHHB) telah diraikan dalam Majlis Konvokesyen dan Penyampaian Sijil Pelajar Terbaik Tahun 6, 2023 yang berlangsung di Dewan Serba guna YSHHB, hari ini.

    Turut diraikan pada majlis itu ialah 10 orang tenaga pengajar Tahun 6 yang sentiasa berusaha dengan gigih dan memberikan motivasi kepada pelajar sepanjang pembelajaran.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan sijil dan hadiah kepada pelajar yang diraikan ialah Penolong Pengarah Urusan Agensi Pelaburan Brunei, Awang Ahmad Jefri bin Abdul Rahman selaku ahli Lembaga Pengarah Yayasan.

    Pengetua SR YSHHB, Hajah Mariam binti Haji Ladi dalam ucapannya antara lain mengongsikan pencapaian keputusan PSR 2023 yang mana secara keseluruhan, pencapaian tahun ini adalah cemerlang.

    “Walaupun fokus utama Tahun 6 ialah kecemerlangan akademik, sekolah YSHHB juga sentiasa menitikberatkan pembangunan karakter pelajar,” ujarnya.

    Beliau seterusnya menjelaskan, pada tahun ini untuk memastikan pencapaian akademik yang cemerlang, beberapa strategi sekolah telah dilaksanakan antaranya menganalisis pencapaian akademik daripada peperiksaan akhir Tahun 5 dan mengenal pasti pelajar yang memerlukan intervensi.

    “Selain itu, Learning Support Centre dilaksanakan yang berperanan untuk mengadakan intervensi dengan pelajar yang berisiko tinggi dan kelas-kelas intervensi yang intensif diadakan oleh guru-guru subjek bagi murid-murid yang terpilih,” tambahnya.

    Awang Ahmad Jefri menyampaikan sijil kepada salah seorang pelajar Tahun 6 yang diraikan semasa majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH ADIB NOOR
    Antara pelajar Tahun 6 yang diraikan semasa majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH ADIB NOOR
    GAMBAR OLEH ADIB NOOR

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...