Saturday, February 8, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Didik kanak-kanak mengenai Hari Kebangsaan

    Oleh Salawati Haji Yahya

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Feb – Seramai 40 orang kanak-kanak dari pusat pembelajaran Hanis Montessori di Jalan Muara, hari ini, telah menyertai Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke-33 anjuran sekolah berkenaan.

    Dalam sambutan itu, mereka telah diperkenalkan dengan potret raja dan bendera negara selain berbaris lalu dengan mengibarkan bendera negara dan seterusnya menyanyikan lagu kebangsaan yang bertujuan untuk menanamkan semangat patriotik di dalam diri kanak-kanak dari peringkat awal lagi.

    Si cilik bersama dengan guru mereka bergambar ramai di Hanis Montessori.
    Si cilik bersama dengan guru mereka bergambar ramai di Hanis Montessori.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda