Sunday, September 22, 2024
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dipenjara 24 bulan terlibat aktiviti pelacuran

    Oleh Nour Maghfirah

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 SEPT – Seorang wanita Thailand dijatuhi hukuman penjara 24 bulan selepas mengaku bersalah atas pelbagai pertuduhan melibatkan aktiviti pelacuran.

    Manakala tertuduh bersamanya, seorang lelaki warga Bangladesh, menafikan pertuduhan tersebut.

    Majistret Syarifah Nur Baqiyah binti Malai Shahran menjatuhkan hukuman itu ke atas Oranee Suila, 53, pada Khamis lalu. Suila didakwa hidup dengan hasil pendapatan pelacuran daripada tiga orang wanita warga Thailand yang berbeza dalam tempoh beberapa bulan.

    Tertuduh bersama, Md Ataur Rahman, 35, menghadapi pertuduhan bersubahat dengan Suila dengan mencari pelanggan untuk pelacur itu. Kesnya telah ditangguhkan ke 24 September untuk tarikh perbicaraan ditetapkan.

    Pegawai Pendakwa Ahmad Firdaus Mohammad membentangkan fakta-fakta semasa perbicaraan, menekankan siasatan dan penahanan yang berlaku pada 19 Ogos lalu, susulan serbuan polis di sebuah rumah sewa di Jalan Jerudong, Kampung Sengkurong. Serbuan dilakukan selepas menerima laporan mengenai kegiatan tidak bermoral yang disyaki.

    Siasatan mendedahkan bahawa Suila telah membantu beberapa wanita untuk pelacuran dalam mencari pelanggan sebagai pertukaran kepada sebahagian daripada bayaran yang diterima mereka.

    Salah seorang mangsa, seorang wanita Thailand berusia 42 tahun, menyediakan perkhidmatan seksual kepada kira 20 orang pelanggan antara Julai dan Ogos. Suila menerima $10 untuk setiap pelanggan yang berjaya dibantu olehnya.

    Seorang lagi wanita Thailand, dikenali sebagai Yong, tiba di Brunei pada 9 Ogos dan terlibat dalam perjanjian yang sama dengan Suila. Yong memberi perkhidmatan kepada 20 orang pelanggan, dengan Suila menerima bahagian yang sama daripada hasil tersebut.

    Siasatan polis mendapati Suila turut terlibat dengan menerima hasil pendapatan seorang wanita Thailand berusia 31 tahun, yang telah bekerja sebagai pelacur di rumah yang sama sejak Disember 2023.

    Wanita itu dilaporkan menawarkan perkhidmatan seksual kepada kira-kira 120 orang pelanggan, dengan Suila menerima sejumlah $270 daripada pendapatan wanita itu selama beberapa bulan.

    Suila mengaku melakukan kesalahan itu dengan menyatakan dia memerlukan wang untuk membayar sewanya. Mahkamah mengambil kira bahawa dia tidak mempunyai sabitan terdahulu.

    Envato

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda