Sunday, March 16, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Djokovic bagai ‘ular’ di Roland Garros

    PARIS, 1 OKT – Novak Djokovic (gambar bawah), yang disamakan dengan ular oleh pencabar yang tewas pada pusingan pertama Roland Garros, bermain menentang Ricardas Berankis hari ini untuk merebut tempat 32 terakhir.

    “Ia seperti ular yang membunuh mangsanya. Saya merasa tercekik,” kata pemain dari Sweden, Mikael Ymer yang hanya melepaskan enam perlawanan menentang Djokovic pada pusingan pembukaan di Paris. Djokovic, mengejar gelaran Terbuka Perancis keduanya dan gelaran ke-18nya, kini mempunyai rekod 32-1 untuk tahun ini. Satu-satunya kekalahannya adalah penyingkirannya dari Terbuka AS sebelum ini.

    “Semua orang telah bercakap mengenai situasi tahun ini. Bola, tanah liat, cuaca yang sejuk. Semuanya mempengaruhi permainan, sudah tentunya,” kata Djokovic mengenai cuaca musim luruh di ibu kota Perancis.

    “Tapi saya rasa ini cukup sesuai dengan gaya permainan saya.” Sekarang giliran Berankis dari Lithuania, yang berada di kedudukan 66, untuk mencuba dan mengalahkan pemain Serbia yang menawarkan untuk menjadi lelaki pertama dalam setengah abad untuk memenangi keempat-empat kejohanan Grand Slam dua kali. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda