Monday, May 20, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Dortmund mara ke final Liga Juara-Juara, tundukkan PSG dengan agregat 2-0

    PARIS, 8 MEI – London memanggil, tetapi bukan untuk Kylian Mbappe.

    Apabila pemain Borussia Dortmund bergegas menghampiri peminat mereka memakai baju-T kuning ‘London 24’ dan menyertai perayaan selepas menumbangkan Paris Saint-Germain (PSG) untuk mara ke final Liga Juara-Juara, semalam, Mbappe telah lama meninggalkan padang.

    Stadium Wembley pada 1 Jun adalah persinggahan terakhir Dortmund untuk memburu trofi Liga Juara-Juara, di mana Mbappe akan memainkan perlawanan terakhirnya untuk PSG setelah gagal memenangi trofi yang diidamkan oleh pemilik Qatar yang kaya wang tunai itu.

    Pemain pertahanan tengah Mats Hummels mengetuai Dortmund ke final apabila pasukan Jerman itu menang 1-0 di PSG.

    Beberapa saat selepas Warren Zaïre-Emery terlepas gol terbuka untuk PSG, Hummels bangkit tanpa dicabar untuk menanduk masuk pukulan sudut Julian Brandt dari sebelah kiri pada minit ke-50.

    Dortmund mara dengan agregat 2-0 dan sebahagian besarnya mengawal Mbappe, yang akan pergi pada penghujung musim. – AP

    Mats Hummels (kanan) menjaringkan gol pembukaan pasukannya semasa perlawanan separuh akhir kedua Liga Juara-Juara antara PSG dan Borussia Dortmund di stadium Parc des Princes di Paris, Perancis, semalam. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Helikopter presiden Iran ‘kemalangan’

    TEHRAN, 19 MEI - Sebuah helikopter yang membawa konvoi Presiden Iran, Ebrahim Raisi terlibat dalam ‘kemalangan’ hari ini, lapor media negara itu, tanpa menyatakan...