Monday, May 20, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Malaysia kecam sekeras-kerasnya serangan Israel terkini di Rafah

    KUALA LUMPUR, 8 MEI – Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan Israel yang terkini ke atas Rafah di Gaza pada Isnin (6 Mei) yang menyebabkan 19 orang terbunuh, berdasarkan rekod Kementerian Kesihatan Palestin.

    Kementerian Luar atau Wisma Putra berkata serangan itu berlaku beberapa jam selepas Hamas menerima cadangan gencatan senjata daripada rundingan damai yang dibuat oleh Mesir dan Qatar, jelas menunjukkan keengganan Israel untuk bekerjasama bagi tujuan keamanan.

    “Rejim Israel bertekad untuk meneruskan pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin. Oleh yang demikian, Israel patut menerima kecaman keras daripada masyarakat antarabangsa,” menurut Kementerian Luar dalam kenyataan pada Rabu. 

    Wisma Putra berkata serangan berterusan ke atas orang awam oleh Pasukan Pendudukan Israel (IOF) khususnya di Rafah, Gaza, adalah amat zalim, terutamanya kepada kanak-kanak, wanita dan mereka yang sedang berlindung di kem-kem yang sangat padat dan kini menjadi benteng perlindungan terakhir daripada pencerobohan Israel. 

    Masyarakat antarabangsa mesti menggandakan usaha untuk memastikan rejim Israel menghentikan tindakan jenayahnya yang disengajakan dan dibawa ke muka pengadilan mengikut undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan undang-undang hak asasi manusia antarabangsa, menurut kenyataan itu. – Bernama

    Seorang kanak-kanak Palestin dibawa ke Hospital Kuwait selepas cedera dalam pengeboman Israel di Semenanjung Gaza, di kem pelarian Rafah, selatan Gaza, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Helikopter presiden Iran ‘kemalangan’

    TEHRAN, 19 MEI - Sebuah helikopter yang membawa konvoi Presiden Iran, Ebrahim Raisi terlibat dalam ‘kemalangan’ hari ini, lapor media negara itu, tanpa menyatakan...