Wednesday, May 1, 2024
24.2 C
Brunei

    -

    DPMM berkenan berhari raya bersama BSJV

    Oleh Salawati Haji Yahya

    Gambar Rafi Rosli

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 APRIL – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Pengerusi Lembaga Pengarah Brunei Shell Joint Ventures (BSJV), hari ini, berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Muhibah Raya.

    Majlis sambutan Muhibah Raya Bersama yang julung kalinya diadakan oleh syarikat-syarikat BSJV di Indera Samudera Grand Hall itu terdiri dari Brunei Shell Petroleum Sendirian Berhad (BSP), Brunei LNG Sendirian Berhad (Brunei LNG), Brunei Shell Marketing Sendirian Berhad (BSM) dan Brunei Gas Carriers Sendirian Berhad (BGC), Shell Deepwater Borneo (SDB) dan Shell Explorayion and Production Brunei (SEPB).

    Keberangkatan Duli Pengiran Muda Mahkota di majlis itu telah dijunung oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof; Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah; dan Pengerusi Shell Country bagi Syarikat Shell di Brunei Darussalam dan Pengarah Urusan BSP, Agnete Johnsgaard-Lewis.

    Agnete Johnsgaard-Lewis dalam sembah alu-aluan di majlis itu antara lain menyembahkan, Aidilfitri merangkumi semangat kebersamaan, dan sambutan bersama ini memperingati perpaduan yang ditunjukkan oleh kumpulan syarikat gabungan Shell di Brunei.

    “Negara Brunei Darussalam memulakan perjalanan minyak dan gas pada tahun 1929 bersama-sama dengan syarikat-syarikat berkaitan telah mencipta sejarah, di peringkat nasional dan antarabangsa dan telah berinovasi dan menyampaikan lebih banyak pencapaian,” jelasnya.

    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dijunjung bagi melawat ‘rumah terbuka’ yang dipersembahkan oleh organisasi pada Muhibah Raya dalam bentuk gerai pameran yang mempamerkan inisiatif tanggungjawab sosial korporat masing-masing.

    Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Khamis.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun nafi akan berundur atas kekalahan partinya dalam pilihan raya...

    TOKYO, 30 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida berkata pada hari ini kekalahan besar parti pemerintahnya dalam pilihan raya kecil hujung minggu lalu...