Tuesday, April 30, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Siti Nurhaliza cerita kejadian sebenar belakang pentas

    Penyanyi tersohor Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil menjelaskan cerita sebenar yang berlaku disebalik tabir Konsert Sebuah Epitome, Saya Siti Nurhaliza yang berlangsung pada Mac lalu.

    Memetik laporan mStar, Siti atau Siti Nurhaliza Tarudin, 45, berkata, beliau tidak menyangka sedutan tersebut menjadi tular di media sosial sehingga menimbulkan salah faham dalam kalangan netizen.

    Kata Siti, beliau bukanlah berada dalam keadaan marah sebaliknya hanya memberitahu kru di belakang pentas bahawa monitor telinga atau ear monitor yang digunakan masih belum dihidupkan.

    “Saya tidak sangka pula momen belakang pentas yang disiarkan dalam konsert saya mendapat perhatian dan dijadikan berita. Ada yang kata saya marah (reaksi dan mimik muka dalam video tanpa suara).

    “Bila baca komen, ala janganlah ambil serius sangat tau, saya tak marah pun. Itu muka saya cuak atau cemas. Anda boleh tengok berapa saat je LED itu terbuka dan saya kena menyanyi.

    “Bayangkan kalau ear monitor yang saya pakai tidak dibuka. Ear monitor sangat penting untuk seorang penyanyi mendengar suara dan muzik,” katanya.

    Siti berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang di muat naik di Instagram miliknya, kelmarin.

    Dalam pada itu, Siti juga memberitahu beliau terpaksa memuat naik video asal agar tidak ada sebarang spekulasi yang dibuat di media sosial.

    Katanya lagi, beliau bersikap profesional bagi memastikan konsert tersebut berjalan lancar.

    “Saya muat naik video sebenar supaya tiada spekulasi lagi, saya pun benarkan video tersebut disiarkan dalam siaran Astro kerana saya tahu ada peminat yang mahu melihat situasi dibelakang pentas.

    “Saya tak marah pun, itu nada suara saya bagi memastikan ear monitor dibuka dengan segera dan berjalan secara profesional ke depan pentas, terus menghayati dan menghiburkan penonton,” ujarnya.

    Penyanyi lagu Purnama Merindu ini bagaimanapun berkongsi setiap persembahan atau konsert yang dilakukan mempunyai cabaran dan pengalaman berbeza.

    Ini kerana sebagai penyanyi mereka perlu memastikan segala persiapan berjalan lancar termasuk bahagian teknikal setiap kali menganjurkan persembahan.

    “Setiap persembahan atau konsert ada cabaran dan pengalaman, kena cekap dan pantas menangani. Saya sendiri ada pelbagai pengalaman di belakang pentas dalam konsert-konsert sebelum ini.

    “Suasana di belakang pentas ada 1001 cerita, hanya mereka yang bekerja sahaja mengetahui setiap debar memberikan yang terbaik, mengejar masa, memastikan semuanya tepat masa dan sudah tentu semua hal teknikal perlu berjalan sempurna,” katanya.

    Sebelum ini, tular di media sosial memaparkan situasi agak tegang berlaku di belakang pentas sewaktu konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza berlangsung pada 9 Mac lalu.

    Menerusi perkongsian video tersebut, mimik muka Siti dikatakan begitu tegas sewaktu berkomunikasi dengan salah seorang pekerja di bahagian teknikal di belakang pentas. – Agensi

    Siti Nurhaliza bersikap profesional ketika bekerja. – Mstar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun nafi akan berundur atas kekalahan partinya dalam pilihan raya...

    TOKYO, 30 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida berkata pada hari ini kekalahan besar parti pemerintahnya dalam pilihan raya kecil hujung minggu lalu...