Wednesday, January 1, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    DPMM FC berhari raya bersama anak yatim

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Julai – Kelab Bola Sepak DPMM menyemarakkan hari terakhir Syawal, hari ini, dengan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri di Tarindak D’Polo, Jerudong.

    Majlis turut meraikan seramai 50 orang anak yatim yang tinggal di Kampung Sengkurong dan Jerudong yang turut menerima cenderahati dan sumbangan.

    Cenderahati dan sumbangan disampaikan oleh Yang Amat Mulia Pengiran Anak ‘Abdul Raqiib, Yang Amat Mulia Pengiran Anak ‘Abdul Haseeb, dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Abdul Hafeez.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis berkenaan ialah Yang Amat Mulia Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim selaku naib pengerusi Kelab Bolasepak DPMM. Juga hadir pada majlis berkenaan ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin; pengurus kelab, Pengiran Haji Muhd Waslimin bin Pengiran Setia Jaya Pengiran Haji Abdul Momin; dan pengurus pasukan berkenaan, Awang Ali bin Haji Momin.

    YAM Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim hadir selaku tetamu kehormat pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri DPMM FC.
    YAM Pengiran Anak ‘Abdul Raqiib, YAM Pengiran Anak ‘Abdul Haseeb, dan YAM Pengiran Anak Abdul Hafeez menyampaikan cenderahati dan sumbangan kepada seramai 50 orang anak yatim yang tinggal di Kampung Sengkurong dan Jerudong.
    Ucapan yang disampaikan oleh Awang Ali.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda